-CIKGU WAWA-
Blog ini ditulis adalah untuk memberi maklumat bagi subjek Pendidikan Seni dan Teknologi
Week 1- Tuesday, 11 September
Week
2 - Tuesday, 18 September
Topic week 2: "
Integrating Technology In Art Class"
Dalam sesi pengenalan untuk kelas pada minggu ke 2,
saya didedahkan dengan kuliah pembelajaran berkaitan subjek
"MSP3062-Pendidikan Seni & Teknologi".
*Apakah yang dikatakan Seni dan Teknologi?
*Perkaitan kepentingan teknologi dalam Pendidikan
Seni?
* Kepentingan teknologi dalam Matapelajaran Seni pada
pak21(Pembelajaran abad 21)
Pada minggu tersebut juga, saya dan kawan-kawan mengaplikasikan
penggunaan teknologi "Mentimeter". Dalam pembelajaran tersebut Dr Syazwani
akan memasukkan persoalan berkaitan dengan Subjek Pendidikan Seni dan Teknologi
dalam mentimeter. Setiap pelajar akan menjawab setiap persoalan yang diberikan
oleh Dr Syazwani. Saya dan kawan-kawan perlu membuka google:
Please
enter the code (25007)
Enter untuk – (Submit)
Refleksi Pembelajaran
Di akhir pembelajaran, dapat dapat menyatakan teknologi
boleh dikatakan sebagai alat pembelajaran ICT digunakan sebagai medium bagi
membantu guru melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan aplikasi
(Microsoft Word, Power Point, Movie Maker, Video Scibe dan sebagainya untuk
menarik perhatian murid dalam PdP. Di dalam kuliah tersebut, saya dapat
memahami dan mengetahui tentang aplikasi teknologi "Mentimeter"
setelah Dr Syazwani menyampaikan ilmu dan pendedahan yang sangat baik berkaitan
dengan teknologi "Mentimeter ini. Dimana merupakan satu aplikasi
berasaskan web yang boleh digunakan untuk melakukan ‘survey’ atau ‘poll’ secara
pantas dalam sesuatu pengajaran.
NOTA PEMBELAJARAN MINGGUAN : WEEK2
➤
NOTA PEMBELAJARAN MINGGUAN : WEEK2
➤
Week 3 - Tuesday, 26 September 2018
Topic week 3"
Introduction MySelf"- "Powtoon"
Tugasan
pada kali ini adalah sangat mencabar bagi saya kerana saya dikehendaki untuk
mencipta satu video yang kreatif berdasarkan topik tentang "Introduction
MySelf" dengan menggunakan aplikasi Powtoon- Perian atas talian. Sebelum
saya menghasilkan video "Introduction MySelf". Saya dan
kawan-kawan diberi tunjuk ajar oleh pensyarah kami bagaimana menggunakan
aplikasi Powtoon di dalam kelas. Video ringkas introduction myself yang dihasilkan ini perlu dimuat naik
ke laman sesawang youtube dan dinilai oleh pensyarah saya.
Refleksi Pembelajaran
Di akhir
pembelajaran, saya dapat menguasai aplikasi Powtoon dengan baik. Walaupun ia
merupakan kali pertama saya menggunakannya dan perlu membiasakan diri dengan
fungsi dan cara penggunan powtoon. Saya dapat menghasilkan video tentang
"Introduction MySelf" dengan baik. Namun beberapa masalah yang timbul
apabila saya ingin memuat naik video ini ke youtube. Antara masalah yang timbul
adalah proses untuk menghasilkan video introduction myself dengan menggunakan google
chome tidak berjaya. Akhirnya saya mencuba membuka powtoon menggunkan Mozzila
Firefox dan hasilnya saya berjaya.
Pengalaman
saya menggunakan Powtoon sangat best, powtoon memiliki animasi-animasi yang
sangat menarik seperti jenis teks yang
pelbagai, muzik atau audio telah tersedia untuk dipilih dalam perisan tersebut,
prop yang tersedia, watak-watak animasi yang menjadikan penggunaanya lebih, mudah
dan cepat untuk difahami. Oleh itu, saya lebih mahir menggunakan perisian
berteknologi dan mampu diaplikasikan untuk tugasan yang lain.
Apa yang
saya dapat mengetahui selepas mempelajari powtoon juga. Aplikasi Powtoon
merupakan suatu alat bantu atau perantaan yang berguna untuk memudahkan proses
pembelajaran di dalam kelas. Di samping itu juga, powtoon ini merupakan satu
persembahan video animasi yang berasaskan dalam talian. Saya gembira
menggunakan aplikasi Powtoon ini.
Week 4- Tuesday, 2 October 2018
Topic week 4"The
Importance of Technology in Arts Education"
Pembelajaran minggu ke-4 saya dalam Subjek Pendidikan
Seni&Teknologi ialah mengaplikasikan teknologi "AutoDraw" dan
"Google Drawing" didalam kelas. Sebelum ini, saya tidak pernah
menggunakan kedua-dua aplikasi ini. Saya begitu teruja untuk menggunakan
aplikasi ini. Seperti biasa pensyarah saya akan menunjukkan cara-cara yang
betul menggunakan aplikasi ini. Tugasan 1 yang diberikan adalah saya dikehendaki
melukis menggunakan AutoDraw. Manakala Tugasan 2 pula adalah saya dikehendaki
melukis menggunakan aplikasi Google Drwaings. Tugasan ke 2 mestikan berkaitan
dengan seni. Gambar-gambar dibawah merupakan latihan-latihan yang telah saya
praktis di dalam kelas dengan bimbingan Dr Syazwani.
AutoDraw
Latihan 1 AutoDraw Di Dalam Kelas
Google Drawings
Latihan 1 Google
Drawings Di Dalam Kelas
Apa yang saya fahami dalam pembelajaran kuliah
minggu ke 4 ini, saya dapat memahami lebih mendalam tentang aplikasi AutoDraw
dan Google Drawings.
AutoDraw-
Bagi penggunaan aplikasi AutoDraw saya dapat
mengaplikasikan proses menggambar dengan membentuk objek apa saja yang saya
fikirkan serta dapat mewarnai objek tersebut dengan baik. Tugasan 1 yang
diberikan oleh pensyarah saya adalah saya dikehendaki melukis menggunakan
AutoDraw. Saya menghasilkan sebuah lukisan yang bertemakan suasana permandangan
kampung. Pada mulanya, saya agak susah menggunakan aplikasi ini, tetapi selepas
menonton dan membuat rujukan di youtube tentang menggunaan aplikasi Autodraw
ini, akhirnya saya berjaya menggunakan aplikasi ini. Satu perkara yang boleh
saya rumuskan dalan aplikasi Autodraw ini, ia mempercepatkan proses menggambar.
Aplikasi ini sangat baik bagi anak-anak yang baru mahu belajar menggambar. Pada
pandangan saya hal ini sangat membantu bagi pembelajaran anak-anak.
Kelebihan yang saya nampak apabila menggunakan
Autodraw ini, objek yang dihasilkan akan menjadi cantik dan kemas walaupun pada
mulanya saya melukis agak teruk. Ini kerana aplikasi ini secara automatik akan
memaparkan objek yang saya lakar/lukis di paparan atas aplikasi tersebut dan
saya hanya menekan klik pada objek tersebut. Secara automatik objek yang saya
lukis akan keluar dengan cantik dan kemas. Contohnya seperti objek kereta yang
dilukis oleh saya pada latihan autodraw di dalam kelas bersama pensyarah.
Google Drawings-
Di akhir pembelajaran pada kuliah minggu ini, saya
dapat mengetahui ilmu baharu dalam dunia teknologi iaitu ilmu google Drawings.
Ianya merupakan satu kaedah melukis menggunakan teknologi secara talian. Di
samping itu, setelah menggunakan aplikasi ini, saya dapat mengetahui fungsi
dalam Google Drawing adalah sama seolah-olah melukis menggunakan tangan. Apa
yang penting adalah aplikasi ini adalah perisian yang percuma dan mudah
digunakan. Saya sangat seronok dapat mempelajari ilmu ini.
Week
5 Tuesday,
9 October 2018
Topic week 5 "Learning Scratch"
Pada
minggu ke 5, kami didedahkkan dengan ilmu Ict yang baru iaitu “Learning
Scratch”. Pada mulanya, saya tertanya-tanya apa itu Learning Scratch. PdPc pada
hari ini dimulakan dengan penerangan oleh pensyarah tentang Scratch. Setelah mendengar penerangan
tersebut baru saya faham apa itu scratch, ianya merupakan merupakan
aplikasi membuat video animasi kanak. selain dapat membuat video yang menarik,
di dalam aplikasi scratch ini dapat membuat permainan/game kanak-kanak.
Sebelum memulakan
pengajaran Scratch, saya dan kawan-kawan dinasihatkan untuk melaksanakan
satu pengajaran persediaan Penggunaan Scratch dulu. Dalam pengajaran tersebut, kami didedahkan kepada asas
pengaturcaraan Scratch iaitu
saya dan kawan-kawan diarahkan untuk membuat akaun scratch, dengan membuat pendaftaran akaun scratch terlebih dahulu.Aplikasi
Scratch ini adalah percuma yang boleh diakses di google. Dr Wani juga meminta
kami memuat turun scratch secara offline.
Aplikasi Scratch : https://scratch.mit.edu/
Pengguna boleh membuat pendaftaran akaun scratch pada link di atas
Semasa mempelajari dan mengaplikasi pengajaran Scratch terdapat masalah
yang timbul dalam pembelajaran tersebut. Saya tidak saya mengakses akauan
scratch walaupun beberapa kali memcuba namun masih sama. Oleh itu saya
mengambil langkah yang lain, di mana saya telah mengakses aplikasi Scratch
secara offline dan akhirnya saya berjaya mengakses aplikasi tersebut. Banyak ilmu baru yang saya dapat apabila pembelajaran tentang aplikasi scratch ini seperti teks yang menarik, sound yang pelbagai, latar belakang yang menarik serta boleh diubah-ubah dan ada banyak pilihan bahasa.
Aplikasi Scratch : https://scratch.mit.edu/
Pengguna boleh membuat pendaftaran akaun scratch pada link di atas
Refleksi Pembelajaran
Di bawah adalah cara-cara untuk menghasilkan game scratch.
1. Saya akan menerangkan bagaimana membuat game di scratch dalam pembuatan game, iaitu saya mempunyai pilihan membuat game ini secara online dan secara offline.
2. Secara online dan secara offline.
2. Secara online dan secara offline.
3. Setelah membuat pendaftaran secara offline, saya telah memilih ikon apa yang sedang dimasukan ke dalam game saya tersebut. saya juga memilih latar belakang dan memasukan bunyi mengikut kesesuaian.
4. Game telah siap dihasilkan.
Penghasilan game oleh saya menggunakan aplikasi scratch
Penghasilan game oleh saya menggunakan aplikasi scratch
Week 6 Tuesday, 16 October 2018
Week 6 : "Continue To
Scratch Activity"
Untuk PdPc minggu ke 6 ini, saya begitu teruja kerana
pembelajaran minggu ke 6 diteruskan dengan menghasilkan “game’. Untuk
pertama kali saya mempelajari bagaimana untuk menghasilkan game kerana
sebelumnya saya hanya memuat naik dan
bermain sahaja. Terlebih dahulu, saya perlu memahami jalan cerita atau tema
game tersebut. Kami perlu menghasilkan game “BABBY SHARK”. Untuk mengaplikasikan
game tersebut kami telah didedahkan dengna penerangan oleh Dr wani dan juga
berpandukan nota-nota yang telah diupload dalam myguru. Selain daripada
bimbingan dan nota-nota yang diberikan oleh pensyarah, saya juga banyak belajar
dari youtube.
Sepanjang menghasilkan game “BABBY SHARK” ini,
terdapat 3
sprites yang diubahsuai rupanya, dengan latar yang dimuat naik daripada
komputer. Selain blok gerakan (berwarna biru) dan kawal (berwarna perang muda),
blok-blok yang lain seperti blok rupa (berwarna ungu), blok kawalan (warna
perang tua), blok mengesan (biru muda) dan blok pen (warna hijau tua) turut
digunakan untuk bereaksi mengikut situasi.
Refleksi Pembelajaran
Keseluruhan PdPc
pada minggu tersebut, saya dapat penghasilkan sebuah game “BABBY SHARK” dengan baik. Banyak perkara yang saya
pelajari dalam aplikasi Scratch seperti dapat menggerakan hidupan laut“BABBY SHARK” dengan baik. Di Samping
itu, saya dapat mengedit warna-warna ikan-ikan dan sotong dan juga dapat
menukar latar belakang game
“BABBY SHARK” mengikut citarasa
dan kesesuaian yang saya inginkan.
Di akhir PdPc ini, saya dapat mengetahui kelebihan aplikasi Scratch ini
seperti:
1. Banyak pilihan latar, dan
gambar
2. Dilengkapi dengan audio, dan dapat merakam suara
3. Dapat membuat cerita dan game
GAME“BABBY SHARK” YANG TELAH DIHASILKAN OLEH SAYA
Week 7 Tuesday, 23 October 2018
Week
7 : “Prezi”
Kuliah minggu 7, kami didedahkan dengan tajuk
pembelajaran yang baru iaitu aplikasi “Prezi”.
Seperti biasa, Dr Wani akan memberi pendedahan awal tentang aplikasi
“Prezi”. Beliau memaklumkan kepada kami bahawa apliaksi ini sama seperti
PowerPoint tetapi ianya mempunyai ciri-ciri tambahan yang lebih menarik.
Setelah mengetahui tentang aplikasi “prezi ini”.
Kami diberi tugasan untuk menghasilkan nota presentation berkaitan dengan
bidang pendidikan seni visual. Kami diberi pilihan bagi menentukan tajuk apa
yang ingin dipilih. Saya memilih untuk membuat tajuk Kraf Tradisional
(Tembikar). Sepanjang aktiviti tersebut, kami diberi tunjuk ajar yang baik oleh
Dr wani. Setelah selesai membuat nota Kraf Tradisional (Tembikar) dengan
aplikasi “Prezi”. Kami didedahkan pula dengan aktiviti penghasilan “Padlet”. Dr
Wani memaparkan pada slide tayangan apa itu “Padlet’. Kami perlu membuat
tugasan “Padlet” berdasarkan tajuk yang telah diberikan iaitu berkaitan dengan
“Topik Reka Bentuk’
Refleksi Pembelajaran
Apa yang faham dan simpulkan apabila mempelajari
aplikasi “Prezi” adalah seperti :
·
Mempunyai unsur ‘menarik’ berbanding
PowerPoint
·
Susun atur tidak perlu menggunakan
terlalu banyak teks
·
Mudah menggabungkan imej, audio dan video
dalam satu persembahan
Week 8 Tuesday, 30 October 2018
Week 8 : Menghasilkan
“Padlet’
Untuk minggu ke 8, kami
diingatkan kembali Pembelajaran dan Pembelajaran minggu lepas iaitu PdPc
Padlet. Apa yang saya dapat gambarkan apabila menggunakan aplikasi ini adalah
“menarik’. Kami diminta oleh pensyarah untuk
sign in to padlet
masing-masing untuk aktiviti pada hari tersebut. Setelah sign in to padlet, saya dapat huraikan adalah
Padlet adalah satu aplikasi Internet yang membolehkan orang ramai atau pengguna
untuk menyatakan pandangan mereka mengenai topik yang sama dengan mudah. Ia
berfungsi seperti kunci dalam kertas talian di mana orang ramai boleh
meletakkan apa-apa kandungan . Contohnya, imej, video, dokumen, dan teks di
mana-mana pada halaman yang telah disediakan, bersama-sama dengan sesiapa
sahaja, dari mana-mana pc atau tab(android).
PdPc saya dan
kawan-kawan diteruskan denga aktiviti menghasilkan padlet yang bertajuk "
Bidang Reka Bentuk. Saya memilih tajuk Reka Bentuk Hiasan Dalaman sebagai nota
dalam “Padlet”. Aktiviti PdPc pada minggu tersebut berjalan dengan lancar.
Setelah selesai membuat nota tajuk Reka Bentuk Hiasan Dalaman dalam padlet,
kami diminta untuk share padlet kepada rakan-rakan sebagai berkongsi ilmu
antara sama lain.
Di akhir kuliah minggu
ini, saya dapat mempelajari ilmu baru. Di Samping itu juga, saya dapat
mengetahui kelebihan Padlet iaiu ia mudah digunakan. Selain itu boleh
memasukkan URL, video dan juga gambar. Apabila anda memasukkan teks pada wall
yang disediakan, anda boleh share dengan rakan-rakan anda yang lain .
NOTA PEMBELAJARAN "BIDANG REKA BENTUK"
(SENI REKA BENTUK LANSKAP)
Tugasan Padlet - https://ms.padlet.com/mathirahnajwa94/k0cesfqig8g4
Week 9 Tuesday, 06/11/ 2018
Week 9 : Pembelajaran "WordPress"
Sesi pembelajaran pada minggu tersebut diteruskan dengan pembelajaran "WordPress". Seperti biasa pensyarah kami akan memberi pendedahan tentang "Wordpress". Setelah mengetahui topik pembelajaran pada hari tersebut "workpress" saya cepat-cepat untuk mencari apa itu "WordPress" dalam google. Wordpress merupakan sistem penerbitan blog yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dan disokong oleh pangkalan data MySQl.
Workpress merupakan evolusi yang paling berjaya dari induk sistem penerbitan blog b2/cafelog dan memiliki sejumlah pengguna dan pemaju untuk perisiannya. Wordpress telah berubah menjadi antara pengedaran web yang paling terkenal. Hari ini, ian mengawal daripada 70 juta web.
Workpress merupakan evolusi yang paling berjaya dari induk sistem penerbitan blog b2/cafelog dan memiliki sejumlah pengguna dan pemaju untuk perisiannya. Wordpress telah berubah menjadi antara pengedaran web yang paling terkenal. Hari ini, ian mengawal daripada 70 juta web.
header (wordpress)- welcome to my blog
Refleksi Pembelajaran
Refleksi pembelajaran pada hari tersebut, saya mempunyai masalah bagi menghasilkan animasi teks pada blog saya. saya hanya dapat menguasai kemahiran photoshop untuk membuat header (wordpress). Hal ini kerana pada pembelajaran untuk menghasilkan membuat tugasan header (wordpress) saya tidak dapat login in akaun "wordpress" menyebabkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya tergangu seketika. Faktor lain juga, saya tidak dapat menghasilkan teks wordpress yang (bergerak) adalah disebabkan oleh laptop saya mempunyai masalah. Semua tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya hilang dan saya terpaksa membuat kembali kesemua tugasan tersebut.
Sebagai langkah penyelesaikan untuk menyelasaikan masalah di atas saya telah menonton youtube bagi membuat hearder (wordpress yang baru). Di bawah adalah wordpress yang telah dihasilkan oleh saya.
Langkah 1
Membuka Adobe Photoshop
Langkah 2
Memasukan teks "Welcome to my blog"
Dalam Adobe Ps ini, terdapat teks yang menarik seperti Gabriola, Chiller, Forte, Verdan, MS Gothiv, Trebucher dan sebaginya. Untuk teks "Welcome to my blog" saya telah menggunakan teks "BROADWAY" dengan warna merah bagi menarik perhatian pembaca blog saya.
Langkah seterusnya, memasukkan unsur animasi pergerakan pada teks tersebut. Namun begitu, untuk memasukan animasi pergerakan pada teks tersebut, saya tidak berjaya melakukan walaupun telah melihat youtube dan bertanya dengan kawan-kawan. Saya memohon maaf kepada Dr Syazwani atas kesilapan daripada saya ini.
Langkah 3
Saya berjaya mencipta header (wordpress). Di bawah merupakan tugasan header (wordpress) yang telah saya hasilkan .
Kesimpulannya,penerangan dan mengajar tentang wordpress oleh dr Syazwani di dalam kelas pada minggu tersebut dapat memberi kefahaman tentang :
- Saya dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam kelas seni dan teknologi.
- Salah satu kelebihan wordpress ini sangat mudah digunakan.
- Saya dapat mempelajari aplikasi ini dengan waktu yang singkat.
- Dalam mempelajari aplikasi ini, saya dapat mengetahui template atau thema dalam aplikasi ini sangat
menarik dan professional.
- Di samping, senang dan mudah untuk dikemaskini "User Friendly".
- Apa yang menarik di dalam aplikasi ini ianya percuma. Walaubagaimana pun, aplikasi ini juga terdapat
dalam bentuk berbayar.
- Aplikasi ini juga mudah dan sesuai dari semua peranti dan mobile phone kita.
Week 10 Tuesday, 13/11/ 2018
Week 11 Tuesday, 27/11/ 2018
Week 12 Tuesday, 4/12/ 2018
"ANIMATION PS"
- Satu aplikasi yang mudah dan cepat digunakan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
-Aplikasi adalah percuma dan bebas untuk muat turun seberapa banyak yang mungkin.
-Memudahkan tugas. Saya boleh simpan seberapa banyak maklumat dalam telefon. Apabila saya hendak membaca maklumat atau nota-nota pengajaran saya, saya hanya klik pada link yang diperlukan tanpa membawa laptop. Pembelajaran yang diajar oleh Dr syazwani bagi aplikasi QR Code sangat berguna kepada saya. Terima Kasih Dr Syazwani
Dalam pembelajaran tersebut, saya dapat menambah ilmu pengetahuan sebagai media atau alat bahan bantu mengajar di dalam kelas saya nanti. Ianya juga mampu memberi pengajaran dan pembelajaran serta mendorong pelajar memperoleh maklumat, memproses maklumat dan mengaplikasikannya dengan cepat dan mudah.
Sebagai langkah penyelesaikan untuk menyelasaikan masalah di atas saya telah menonton youtube bagi membuat hearder (wordpress yang baru). Di bawah adalah wordpress yang telah dihasilkan oleh saya.
Langkah 1
Membuka Adobe Photoshop
Langkah 1
Langkah 2
Memasukan teks "Welcome to my blog"
Dalam Adobe Ps ini, terdapat teks yang menarik seperti Gabriola, Chiller, Forte, Verdan, MS Gothiv, Trebucher dan sebaginya. Untuk teks "Welcome to my blog" saya telah menggunakan teks "BROADWAY" dengan warna merah bagi menarik perhatian pembaca blog saya.
Langkah seterusnya, memasukkan unsur animasi pergerakan pada teks tersebut. Namun begitu, untuk memasukan animasi pergerakan pada teks tersebut, saya tidak berjaya melakukan walaupun telah melihat youtube dan bertanya dengan kawan-kawan. Saya memohon maaf kepada Dr Syazwani atas kesilapan daripada saya ini.
Langkah 2-teks "BROADWAY"
Saya berjaya mencipta header (wordpress). Di bawah merupakan tugasan header (wordpress) yang telah saya hasilkan .
Langkah 3
Kesimpulannya,penerangan dan mengajar tentang wordpress oleh dr Syazwani di dalam kelas pada minggu tersebut dapat memberi kefahaman tentang :
- Saya dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam kelas seni dan teknologi.
- Salah satu kelebihan wordpress ini sangat mudah digunakan.
- Saya dapat mempelajari aplikasi ini dengan waktu yang singkat.
- Dalam mempelajari aplikasi ini, saya dapat mengetahui template atau thema dalam aplikasi ini sangat
menarik dan professional.
- Di samping, senang dan mudah untuk dikemaskini "User Friendly".
- Apa yang menarik di dalam aplikasi ini ianya percuma. Walaubagaimana pun, aplikasi ini juga terdapat
dalam bentuk berbayar.
- Aplikasi ini juga mudah dan sesuai dari semua peranti dan mobile phone kita.
Week 10 Tuesday, 13/11/ 2018
Week 10 : TIADA KULIAH - CUTI
"MAULIDURRASUL"
"MAULIDURRASUL"
Week 11 Tuesday, 27/11/ 2018
Week 11 : PEMBELAJARAN "QR CODE"
Sesi pembelajaran diteruskan dengan pembelajaran tentang "Qr Code". Sebelum memulakan pengajaran, seperti biasa, saya dan kawan-kawan akan menbawa laptop dan sentiasa memastikan laptop dalam keadaan baik.
Pada minggu ini, saya dan kawan-kawan akan mempelajari cara untuk membuat "Qr Code". Pensyarah kami Dr Syazwani akan memberi pendedahan awal bagaimana untuk menghasilkan "Qr Code" tersebut. Aktiviti pada hari tersebut adalah menghasilkan "Qr Code" sendiri. Pembelajaran tentang ilmu pengetahuan "Qr Code" sangat menarik. Sebelum ini, saya pernah mendengar tentang "Qr Code" di whatsapp web, namun pada hari tersebut saya dalam menghasilkannya dengan baik. "Qr Code" ini merupakan sejenis kod bar generasi kedu. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepen iaitu "Denso Wave" dan telah dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR ini dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kob bar UPC biasa kerana ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Kod ini terdiri daripada modul hitam (titik segi empay) disusun dalam dalam pola segi empat pada latar putih. Penggunaan kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih.
Untuk penghasilkan QR ini, langkah pertama, saya perlu menbuka web/link tersebut :
*https://www.qr-code-generator.com/
*https://www.qrcode-monkey.com/
Untuk penghasilkan QR ini, langkah pertama, saya perlu menbuka web/link tersebut :
*https://www.qr-code-generator.com/
*https://www.qrcode-monkey.com/
Setelah membuka web/link tersebut, pensyarah saya memberi arahan untuk mengambil mana-mana satu video daripada youtube untuk dimasukkan pada url link ke dalam aplikasi QR generator. Kemudian, saya perlu tekan untuk create QR Code. Saya telah memasukkan nota tentang "Cara-cara untuk menghasilkan "Qr Code" memandangkan saya dan kawan-kawan sedang mempelajari tajuk tersebut. Sebagai nota tambahan, saya juga membuat "Qr Code" bagi nota pendidikan seni yang bertajuk "Seni Arca Timbulan". Untuk menghasilkan Qr Code yang kedua, saya telah mengaplikasikan Qr Code yang berwarna iaitu berwarna merah.
Refleksi Pembelajaran
Pada hari tersebut, refleksi pembelajaran yang saya dapat adalah dengan menghasilkan "Qr Code" ini merupakan satu cara yang bagus untuk berkongsi maklumat seperti website. Disamping itu, apa yang penting, "Qr Code" boleh mengimbas manggunakan kamera di handphone, contohnya penggunaan android, penggunaan Barcode Scanner App yang ada di android market dan iPhone menggunakan Qr Reader untuk imbas kod tersebut. Oleh itu, saya sebagai seorang pelajar boleh mengetengahkan teknologi ict ini di dalam pembelajaran saya dan aplikasi ini akan saya gunakan di sekolah nanti apabila saya diposting nanti. Di mana saya dapat terus akses maklumat yang saya inginkan tanpa perlu "key in" bagi link/web yang panjang. Sememangnya "Qr Code" merupakan teknologi ict yang sangat penting kepada saya.
Week 12 Tuesday, 4/12/ 2018
Week 12 : PEMBELAJARAN
"ANIMATION PS"
Bagi tugasan pada minggu ini, saya dan kawan-kawan ditugaskan untuk perlu membuat "Animastion Ps". Apabila saya mendapat tahu saya perlu menghasilkan dan menguasai tajuk "Animastion Ps" ini saya begitu teruja, Hal ini kerana, saya tidak pernah mempelajari teknologi ini. Photoshop adalah penyunting grafik yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Adobe System yang dikhaskan untuk penyuntingan foto/gambar dan perbuatan kesan gambar. Bagi pembelajaran pada hari tersebut, saya diberi tugasan untuk menghasilkan animasi teks untuk Header Wordpress.
Week 13 Tuesday, 11/12/ 2018
Week 13 : TIADA KULIAH
Pada minggu ke 13, kami tiada kelas seni dan teknologi. Hal ini kerana, Dr Syazwani tiada di Upsi. Oleh itu, beliau meminta saya dan kawan-kawan untuk menyiapkan tugasan yang diberi iaitu 8 teknik dalam seni. Sepanjang minggu tersebut, saya menyiapkan tugasan tersebut. Saya memilih untuk menghasilkan 8 teknik dalam penghasilan Catan.
Week 14 Tuesday, 18/12/ 2018
Week 14: PENBENTANGAN HASIL
KERJA "QR CODE"
Pada minggu ini merupakan kelas terakhir bagi saya dan kawan-kawan. Kalau nak dibicarakan soal subjek seni dan teknologi ini memang banyak sangat ilmu yang saya perolehi dari minggu ke 2 sehingga minggu ke 13 ini. Namun yang pasti pada minggu ini saya dan kawan-kawan perlu membuat pembentangan hasil kerja Qr Code. Setiap individu perlu membentangan hasil kerja tentang 8 teknik dalam penghasilan seni. Saya memilih untuk menghasilkan tajuk : 8 Teknik dalam penghasilan Catan. Saya mengaplikasikan 8 jenis teknik iaitu teknik sapuan tepat, glazing, impasto, titik, tiupan, garam, basah atas kering,dan renjisan. Gambar dibawah adalah sesi pembentangan yang dijalankan dan terdapat juga sesi jamuan memandangkan pada minggu tersebut merupakan kelas terakhir bagi saya dan kawan-kawan.
Saya bersama pensyarah iaitu Dr Syazwani setelah seleasai membuat pembentangan bagi tugasan : "8 tenik dalam penghasilan catan" dengan menggunakan aplikasi QR CODE.
BARCODE-
8 TEKNIK DALAM PENGHASILAN- CATAN
LINK YOUTUBE - TUGASAN QR CODE
Berikut adalah gambar-gambar pembentangan dan sesi jamuan ringan yang berlangsung pada minggu tersebut.
Gambar pembentangan QR Code oleh kawan-kawan-kawan sekelah saya.
Gambar QR Code yang telah berjaya dihasilkan oleh kawan-kawan saya.
Setelah selesai membuat pembentangan "Qr Code", Dr Syazwani mengadakan jamuan ringan kepada kami.
Terima kasih Dr. Syazwani belanja kami pizza.
Refleksi Pembelajaran
Apa yang faham dan simpulkan apabila mempelajari aplikasi QR CODE adalah seperti :
-Salah satu media pembelajaran yang unik yang boleh diaplikasikan semasa mengajar di sekolah.
- Satu aplikasi yang mudah dan cepat digunakan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
-Aplikasi adalah percuma dan bebas untuk muat turun seberapa banyak yang mungkin.
-Memudahkan tugas. Saya boleh simpan seberapa banyak maklumat dalam telefon. Apabila saya hendak membaca maklumat atau nota-nota pengajaran saya, saya hanya klik pada link yang diperlukan tanpa membawa laptop. Pembelajaran yang diajar oleh Dr syazwani bagi aplikasi QR Code sangat berguna kepada saya. Terima Kasih Dr Syazwani
"RUMUSAN TENTANG KESELURUHAN BAGI SUBJEK SENI
DAN TEKNOLOGI"
DAN TEKNOLOGI"
Sememangnya, tidak dapat dinafikan seni dan teknologi berkait rapat dengan media sebagai satu teknologi dalam usaha meningkatkan mutu pembelajaran seseorang mahasiswa dan mahasiswa upsi terutamanya kepada saya yang mengambil bidang psv. Hal ini kerana, apabila saya ditempatkan di sekolah untuk mengajar pelajar-pelajar saya, saya perlu mempunyai kemahiran ict seperti meningkatkan penggunaan video, slaid, aplikasi powtoon, qr barcode, Animastion Ps, AutoDraw, Google Drawing,Aplikasi Scratch, prezi, Padle, wordpress dan sebagainya seperti mana yang telah diajar oleh Dr Syazwani di dalam kelas seni dan teknologi.
Dalam pembelajaran tersebut, saya dapat menambah ilmu pengetahuan sebagai media atau alat bahan bantu mengajar di dalam kelas saya nanti. Ianya juga mampu memberi pengajaran dan pembelajaran serta mendorong pelajar memperoleh maklumat, memproses maklumat dan mengaplikasikannya dengan cepat dan mudah.
Di samping itu, penambahkan kualiti menghasilkan pembelajaran bahan-bahan atau peringkat pengajaran psv dengan lebih efisien. Hal ini kerana, grafik dalam pengajaran memberikan kelainan dalam pdp dan menjimatkan masa mengajar tanpa mengurangkan kualiti pembelajaran.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Syazwani atas ilmu pengkongian ilmu ICT yang cukup bermakna kepada saya dan kawan-kawan di dalam kelas Seni dan teknologi sepanjang 14 minggu belajar bersama. Banyak pengkongsian ilmu telah dicurahkan oleh Dr Syazwani iaitu seperti video, slaid, aplikasi powtoon, qr barcode, Animastion Ps, AutoDraw, Google Drawing,Aplikasi Scratch, prezi, Padle, wordpress dan sebagainya. Insya allah saya akan mengaplikasikan kesemua teknologi ini kedalam pengajaran dan pembelajaran saya setelah ditempatkan di sekolah nanti. Terima kasih Dr Syazwani.


























No comments:
Post a Comment